AlarmMe
Kumpulan AlarmMe telah ditubuhkan secara rasminya pada 11 September 1999, lahir dari sebuah kelab unit kebudayaan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, yang di namakan Kelab Aspirasi Budaya.
AlarmMe bermaksud “REMIND ME” (bahasa Inggeris) yang bermaksud KEJUTKANKU. Maksud kedua dalam bahasa Melayu ialah “RASAILAH / ALAMILAH” dan dalam bahasa Arab pula ia membawa dua pengertian “ANTARABANGSA / SEJAGAT dan DUNIAKU”.
Kehadiran AlarmMe bukan bermaksud ingin mencabar sesiapa, tetapi sekadar ingin memanfaatkan bakat yang ada dan cita-cita yang kuat untuk berjaya di dalam industri ini bagi membangkitkan semangat cintakan agama, bangsa dan negara menerusi lagu-lagu yang berinformasi, merdu, berwawasan dan berkualiti.
Syarikat rakaman: Rapsodi Kristal, Akademi Aidit
0 comments:
Post a Comment